Pages

Monday, 15 August 2011

10?OH NO!!


Semalam, aku pegi shopping raya yang tak raya sangat. Target aku ialah jeans sebab 1 jeans aku sebelum ni berlobang kene paku. Kat peha pulak tu! Cantek! ='( Memang tong sampahlah almari seterusnya. So, aku  jalan. Jalan punye jalan punye jalan lagi, at last pit stop aku Padini Pavillion sebab sebenanye aku dah usha dah jeans tu sebelom ni. Hehe. Dengan pantas sepert thunder cat, aku terkam jeans kat Padini Authentics tu. Memula aku tengok yang biru, Oh Menarik Gila! (OMG) pastu Orang Sebelah aku cakap dark grey lagi cantik. Auww..Suwit. Ok2, abaikan je ayat mintak penampa tadi. So aku pon dengan hilang kesabaran dan penuh keyakinan terus grab size 8 and masuk fitting room. Aku try, ALAMAK! wuwuwuwu ="( Kesudahannya, try size 10 baru ok eventhough pinggang longgar. Terpaksalah. Sape suruh peha mengalahkan peha ayam suntik.

Ok, tadi tu mukadimah je. Eheh. Panjang pulak mukadimah aku. Sebenarnya, aku nak buat confession bahawa, kalau diikutkan, aku memang TAK muat size 10 tapi ada beberapa sebab aku sudah hilang 3kg dalam masa 10 hari berpuasa. *wink* Ok, ok I understand. You guys might say, 'ala, puasa bole lah cerita' tapi kalau tengok sejarah pemakanan aku pada bulan puasa, mak oiiii, kalah hantu lapar. BTW, aku tak kesah nak cerita tentang size sebab aku pasti pada suatu masa nanti, dengan keazaman yang jitu, aku akan mencapai size di zaman kegemilangan aku dulu. Ya! aku pasti! *nampak tak mata aku bersinar sinar penuh keazaman?*

1. Drink Plain Water More and More
    Seriously dude, bulan puasa ni aku memang minum air masak banyak. Konon2 taknak demam ngan mulut pecah2 tapi dengan tak sengaja dan buat2 terkejut, plain water tolong aku mendapat body idaman malaya. Dengan kehadiran H2O, body aku detoxify all the toxic in body and it is actually make your body burn the fats faster. Air masak ni malaslah aku nak cite panjang lebar penuh satu test pad sebab aku dah huraikan dengan termatlah tak berapa nak panjang dekat SINI.

2. Minum Air Sebelum Makan
    Ok, kalau kita tengok balik, ini memang salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Sebab aku sedar yang diri aku ni semakin mengembang, maka aku pon try test la minum dulu air sebelum makan nasik. Hasilnya?? lihatlah perutku rampingkan? *ok, tak kelakar* hasilnya, aku makan nasik sikit je sebab aku macam bloated dengan air. Tapi, janglah sekali kali korang makan berulam air. Itu pantang tok moyang cucu cicit dll. Berani kau melakukannya?? Nah ambik perut buncit ni!!! *pling!dapat perut buncit* So, korang nampak tak yang macam aku nampak? *semua pandang jauh ke kanan* Bila perut kita dah penuh dengan air, kita automatically akan makan sikit, so kuranglah fats consume kita =) get it?

3. Makanlah Banyak Mana Yang Anda Suka
    Ini lagi serius. Betul, makan lah ikut suka hati korang tapi it must be in a small portion and kalau boleh get away from junk food. Tapi aku ni die hard fan junk food pule. So, bab junk food jangan tiru aku. Tapi skang aku dapat kurangkan pengambilan junk food aku. Terrer tak? *hidung kembang sambil berlagak* Sebelum ni, aku tersangatlah tamak haloba. Kalau nasik, mesti nak ambik banyak. Sepinggan penuh membukit ke, ok tipu. Tapi banyaklah, ikut creativity koranglah nak bayangkan banyak mana. Malang sekali, aku makan separuh pinggan je dah kenyang tapi aku jenis tak boleh tengok tinggal2 ni, jadi aku paksalah perut supaya terima je ketamak halobaan manusia comel ni. Selepas itu, berat aku naik, badan pon mengembang ngembang tambah lagi dengan perut membuncit2, lalu aku terfikir, alangkah baiknya jika aku reduce tamak haloba aku at the same time, aku dah tak de pertalian kawan dengan syaitan. Memula, aku memang mengalami kemurungan sebab aku tak gembira tengok nasik aku sikit je dalam pinggan. Konon2 macam tak fun lah sebab tak meriah cam fun fair tapi hasil dorongan dan doa dari ibu bapa, adik beradik, Orang Sebelah, rakan rakan seperjuangan, jiran tetangga dan pasukan RELA, alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan kembali kegemilangan dan keseronokan hidup aku dengan nasik yang sikit dalam pinggan. Semenjak itu, aku pun hidup bahagia dengan lauk pauk dan nasik yang sederhana. Macam fairytale kan? Happily ever after =D

4. Makan Sayur
   Weh, ni btol tak tipu punye la. Makan sayur. Aku tau, mesti ramai antara korang2 ni tak makan sayur. Tengok tah eek pon tau. Ok, yang ni memang cam habat@ ngotor sikit. Bila kita makan sayur, fibers dalam sayur lah yang sebenarnya akan membantu mencernakan apekejadah ayam, itik, ikan, telor, tepung, nasik, tepung pelita, roti canai, Big Apple, KFC, Mekdi, ok-korang-boleh-sambung-aku-merepek, yang kita makan. Hypothesisnya, semakin banyak sayur yang kita makan, semakin cepat proses mengeluarkan tah eek berlaku. Ini sebenarnya bagus sebab tah eek kita tidaklah bagus jika kita simpan lama2 dalam rectum sebab dia akan menjadi toxic to our body, yang mana akan mengakibatkan badan kita lemah, demam, sakit perut dan yang lain pegilah tanya doctor sebab aku bukan doctor. Tagline: 'Sayurku Sayang'. Tagline ni untuk dapat diskaun 5% masa beli sayur. *ok,tipu lagi*

5. Don't Skip Dinner
      Kalau omputih kata 'don't skip breakfast', Muslim will say 'don't skip dinner'. Ini pun salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Don't skip dinner means mesti makan malam tapi janganlah banyak sangat and jangan makan lambat2. Late evening is the best time for you to take dinner. Dalam pukul 7, 8 oklah tu. Sebenarnya, kalau tak makan malam, enzyme akan proses lemak dalam perut and kolestrol pun bertambah. Aish..elok2 nak jadi kurus jadi lain pulak kalau kita tak makan malam. At the same time, makan malam ni boleh buat awet muda. Weeewiiit! Hoih, sapela taknak awet muda, nanti kalau dah ada cucu pon budak sekolah nak ngorat. *menjaga hati tahap tak boleh dipercayai*. Jangan takut makan malam. Makan malam boleh buat gemuk, itu mitos je. Dah, dah pegi makan. Esok tengoklah korang dapat body idaman malaya + kulit bersinar sinar seperti Gold Man kat BB. ^_^

Actually, banyak lagi cara untuk kurangkan lemak or kuruskan badan or body slim or body bentuk botol (??) or body bentuk idaman-hati-memasing, so rajin rajinlah selak magazine or website. Sepanjang korang menyelak tu terbakar jugaklah lemak 2,3 ketul. Apa yang penting sebenarnya...kerjasama! Eh, tetibe aku bertuko menjadi Wonderpets pulak. Aku cop hamster! Ok2, sudahla melagha.

Yang penting sebenarnya kesihatan kita. Kita kurus ke, bulat ke, segi tiga ke, bujur ke, kesihatan mesti jadi perkara utama dalam hidup kita. Kalau kurus sangat pun tak elok jugak, boleh jadi petanda cacing tengah beranak pinak nak jadikan perut sebagai negara. Kalau 'comel' sangat, lagilah tak elok. Coronary Heart Disease, Diabetes, Stroke and some other disease akan bermaharajalela dalam badan kita and it is not cool at all because disease is not a trend. Oklah, sampai sini je coretan merapu aku. Aku harap kita sama2 dapat benefit daripada coretan merapu aku hari ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment