Pages

Monday 31 October 2011

Berat nih

WARNING!(konon konon GoGreen!) Entry ini sangatlah berat. Berat oi!tak larat dah nak angkat ni. Agak agak kalau tak nak serius,tak baca pun tak kecik hati.

Ehem.Ehem. Apa yang menyebabkan aku nak post entry berat ni adalah disebabkan ketakutan aku untuk menempuh masa hadapan, which after habis study. 2,3 hari lepas, aku pm member@senior aku yang baru je convo aritu. Biasalah, catch up perkara perkara belajar and life. Niat sebenar aku adalah nak tanya, ape yang masuk midterm untuk subject law (keji gak aku, maaf rakan). Eh tapi aku memang betol betol dah lama tak catch up ngan dia la. Janganlah disalah anggap diri ku ini.
Aku tanya la kawan aku ni, skang keje ape, buat ape, blablabla..well, dia agak berjaya jugak. tengah training dengan Sime Darby. Gempak oi! Tapi dia pesan kat aku, 'kau baik pikir dari sekarang lepas belajar nak buat apa. pilih banyak options supaya at least kau sangkut satu. macam aku, aku tak terfikir nak buat apa. sekarang aku terkapai kapai.' (ayat diolah supaya nampak tragik tapi cam tak tragik pun).
Lepas aku baca message tu, aku trus cam 'halo,aku tak nak habis belajar boleh tak?' serius scary la weh. Aku telah planned apa aku nak buat lepas study, but then I realized that it is not always according to plan. Eventhough concentration yang aku dan member aku ambik ni sememangnya high demand, tapi tak semestinya kitorang senang lenang after study. Nak jadi cerita pulak, kat transcript kami ni bukan ada tulis concentration kitaorang. So cemane nak prove kat employers yang we have basic in ESH kan.
Apapepun aku percaya rezeki datang dari Allah. InsyaAllah, kalau ada, ada lah. If it is Allah's will, it will be according to plan. So sekarang, sudah sudahla aku kat depan laptop ni. Ada baiknya aku study. Hari rabu exam, hari ni aku boleh suka ria, berangan pulak. Camnela nak keje best ni oih!

p/s:kan dah kata, ni entry berat. Insaf aku.

Tuesday 20 September 2011

Well, well habis busy beraya, sekarang busy ber'FYP' pulak aku ni. Hilang dah title 'manusia-takde-komitmen' aku ='( sedih wohhh!! Agak agak busy aku ni bolehlah aku kalahkan presiden KRS kot. Apapelajugakakumerepekni. Nilah masalahnya bila sering bergelumang dengan pokok pokok yang tak memberi respon, sememangnya aku tak bergelumang dengan pokok semalu sebab daun semalu bagi respon. Lepas ni status fb aku akan menjadi 'in a relationship with Kaempferia angustifolia' a.k.a cekur jerangau.

Agak agak kome penah dengor tak nama bf I ni? Puas sudah I mencari details tentang bf-to-be I ni, nama kampung beliau nampaknya tak berape nak dikenali lah kat google/yahoo/MSN/segalawebsearchyangada etc. Tapi bila datang nama Greek beliau, ianya lebih dikenali di web search tapi masih tak banyak research yang dilakukan, so dengan ini aku declare aku akan tak tidur siang malam (menipu) untuk mengkaji pokok ini, yang sebnarnye takdelah kaji sangat pun, tapi kaji jugaklah. Ok, ok aku sudah cukup amat merepek. Janganlah aku membiarkan diri aku menaip lagi, nanti tah hape2 la aku taip kat sini. Bye!

Merepek je

Konon konon nak buat FYP proposal, last last aku layan jiwa pulak depan laptop ni  -_-"

Tuesday 23 August 2011

Sorry Berlorry lorry

Sungguh busy membuat kuih raya. Abes tunggang langgang aku. Hari hari aku bersilat kat dapur and depan oven (konon2 macam cool la kan). Ok, itu je aku nak bagitau. Nak sambung buat kuih. Bye!

Thursday 18 August 2011

Julie & Julia


Semalam, aku went through segala jenis movie yang aku asyik collect tapi tak tengok pon. So, aku buang segala yang aku dah tengok and keep those yang belum tengok. Tengah syok membelek all the movies, aku tengok tajuk ni ‘Julie & Julia’. Eh, aku baru terperasan movie ni aku memang cari but because of aku kepam je segala movie yang ada, aku tak sedar pon aku ada movie ni.

Aku kerja kat KLCC. So, after work kalau bukan closing shift, aku akan bermastautin sebentar kat Kinokuniya. Favourite section aku, tak lain tak bukan, cooking section. Dengan keadaan yang masam dan muka berminyak2 lepas balik kerja, aku akan tengok segala cookbook yang ada then revise time tu jugak. Yelah, nak beli tak mampu, so pasang je la cita2 nak beli, sampai ke sudah jadi cita2 je. I remember, one day tu aku dok membelek belek segala macam jenis cookbook, suddenly tengok buku macam movie diconvert jadi buku (do you get it?), which is ‘Julie & Julia’. Aku tengok belek2 tapi bungkus pulak. Cess. So, aku pasang angan2 (lagi) untuk later I will buy the book but I’m going to find the movie first sebab tu je mampu kan. Lepas tu, esoknya aku lupa. ^_^’

Aku memang suka cooking. Tak tau nape, tapi aku memang suke lah. To be specific, aku suka baking. Penah sekali tu, pintu oven rumah aku bersepai. Tak tau la nape jadi camtu. Tengah malam pulak tu, tak ke mistik namenye. Aku amatlah rindu untuk membakar, jadi sanggup aku mengendeng kat mak aku suruh beli oven baru. dan aku berjaya. hehe.. Yang peliknya, aku memang suka masak tapi semua masakan aku, aku jarang makan. Aku lagi suka buat lepastu bagi orang lain makan. Pelik gak aku.

So, semalam dengan semangat yang berkobar kobar aku pon tengok la movie tu. Wei, it is demm inspiring!! For those who love cooking, I think you will love it. Well, roughly the story goes like this, Julie Powell is a young writer with a job at call center. To do something she enjoys, Julie challenge herself to cook all the recipes in the Julia Child cookbook, Mastering the Art of French Cooking and she decides to write a blog to motivate herself and document her progress during the one year challenge of 524 recipes. Woven into the story of Pwell's time in Queens in the early 2000s is the story of Child's time in Paris throughout the 1950s, where she attends Le Cordon Bleu to learn French cooking and begins collaborating on a book about French cooking for American housewives. Aku sukaaaa!!!Yeay! Inspired weh aku untuk mencoba lebih banyak resepi.

Well, aku rasa movie ni interesting because memang kena dengan minat aku yang amat mendalam terhadap makanan. Yelah, aku dok rumah pon, afc jugak channel pilihan aku. Hehe..kadang2 tuka la, masterchef ke, D.C Cupcakes ke. See, aku memang suka makanan. So, don’t blame me. =) Tapi aku rasa kalau korang tak minat cooking pon, movie ni memang best. Serius! Cubalah korang carik kalau teringin nak tengok. Yang penting, aku nak gi cari buku dia pulak. Hehe. Wassalam.

P/S: Agak2 boleh tak aku jadi Julie Powell Malay version? Aku beli buku Julie then I’ll do it the same way as her then blog about every single recipes that I try. (1 blog pon tak terjaga, ni lagi nak buat blog lagi satu. Eheh)


Tuesday 16 August 2011

HEAVEN!!!

Aku malas nak cakap banyak la kan... Hehe..
Semalam
Mexican BBQ Chicken


Harini
Chocolate Moist Cake

P/s: Aku buat sendri tau =)
      Nak order cake tu boleh je, apape tanye kat comment.


Monday 15 August 2011

10?OH NO!!


Semalam, aku pegi shopping raya yang tak raya sangat. Target aku ialah jeans sebab 1 jeans aku sebelum ni berlobang kene paku. Kat peha pulak tu! Cantek! ='( Memang tong sampahlah almari seterusnya. So, aku  jalan. Jalan punye jalan punye jalan lagi, at last pit stop aku Padini Pavillion sebab sebenanye aku dah usha dah jeans tu sebelom ni. Hehe. Dengan pantas sepert thunder cat, aku terkam jeans kat Padini Authentics tu. Memula aku tengok yang biru, Oh Menarik Gila! (OMG) pastu Orang Sebelah aku cakap dark grey lagi cantik. Auww..Suwit. Ok2, abaikan je ayat mintak penampa tadi. So aku pon dengan hilang kesabaran dan penuh keyakinan terus grab size 8 and masuk fitting room. Aku try, ALAMAK! wuwuwuwu ="( Kesudahannya, try size 10 baru ok eventhough pinggang longgar. Terpaksalah. Sape suruh peha mengalahkan peha ayam suntik.

Ok, tadi tu mukadimah je. Eheh. Panjang pulak mukadimah aku. Sebenarnya, aku nak buat confession bahawa, kalau diikutkan, aku memang TAK muat size 10 tapi ada beberapa sebab aku sudah hilang 3kg dalam masa 10 hari berpuasa. *wink* Ok, ok I understand. You guys might say, 'ala, puasa bole lah cerita' tapi kalau tengok sejarah pemakanan aku pada bulan puasa, mak oiiii, kalah hantu lapar. BTW, aku tak kesah nak cerita tentang size sebab aku pasti pada suatu masa nanti, dengan keazaman yang jitu, aku akan mencapai size di zaman kegemilangan aku dulu. Ya! aku pasti! *nampak tak mata aku bersinar sinar penuh keazaman?*

1. Drink Plain Water More and More
    Seriously dude, bulan puasa ni aku memang minum air masak banyak. Konon2 taknak demam ngan mulut pecah2 tapi dengan tak sengaja dan buat2 terkejut, plain water tolong aku mendapat body idaman malaya. Dengan kehadiran H2O, body aku detoxify all the toxic in body and it is actually make your body burn the fats faster. Air masak ni malaslah aku nak cite panjang lebar penuh satu test pad sebab aku dah huraikan dengan termatlah tak berapa nak panjang dekat SINI.

2. Minum Air Sebelum Makan
    Ok, kalau kita tengok balik, ini memang salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Sebab aku sedar yang diri aku ni semakin mengembang, maka aku pon try test la minum dulu air sebelum makan nasik. Hasilnya?? lihatlah perutku rampingkan? *ok, tak kelakar* hasilnya, aku makan nasik sikit je sebab aku macam bloated dengan air. Tapi, janglah sekali kali korang makan berulam air. Itu pantang tok moyang cucu cicit dll. Berani kau melakukannya?? Nah ambik perut buncit ni!!! *pling!dapat perut buncit* So, korang nampak tak yang macam aku nampak? *semua pandang jauh ke kanan* Bila perut kita dah penuh dengan air, kita automatically akan makan sikit, so kuranglah fats consume kita =) get it?

3. Makanlah Banyak Mana Yang Anda Suka
    Ini lagi serius. Betul, makan lah ikut suka hati korang tapi it must be in a small portion and kalau boleh get away from junk food. Tapi aku ni die hard fan junk food pule. So, bab junk food jangan tiru aku. Tapi skang aku dapat kurangkan pengambilan junk food aku. Terrer tak? *hidung kembang sambil berlagak* Sebelum ni, aku tersangatlah tamak haloba. Kalau nasik, mesti nak ambik banyak. Sepinggan penuh membukit ke, ok tipu. Tapi banyaklah, ikut creativity koranglah nak bayangkan banyak mana. Malang sekali, aku makan separuh pinggan je dah kenyang tapi aku jenis tak boleh tengok tinggal2 ni, jadi aku paksalah perut supaya terima je ketamak halobaan manusia comel ni. Selepas itu, berat aku naik, badan pon mengembang ngembang tambah lagi dengan perut membuncit2, lalu aku terfikir, alangkah baiknya jika aku reduce tamak haloba aku at the same time, aku dah tak de pertalian kawan dengan syaitan. Memula, aku memang mengalami kemurungan sebab aku tak gembira tengok nasik aku sikit je dalam pinggan. Konon2 macam tak fun lah sebab tak meriah cam fun fair tapi hasil dorongan dan doa dari ibu bapa, adik beradik, Orang Sebelah, rakan rakan seperjuangan, jiran tetangga dan pasukan RELA, alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan kembali kegemilangan dan keseronokan hidup aku dengan nasik yang sikit dalam pinggan. Semenjak itu, aku pun hidup bahagia dengan lauk pauk dan nasik yang sederhana. Macam fairytale kan? Happily ever after =D

4. Makan Sayur
   Weh, ni btol tak tipu punye la. Makan sayur. Aku tau, mesti ramai antara korang2 ni tak makan sayur. Tengok tah eek pon tau. Ok, yang ni memang cam habat@ ngotor sikit. Bila kita makan sayur, fibers dalam sayur lah yang sebenarnya akan membantu mencernakan apekejadah ayam, itik, ikan, telor, tepung, nasik, tepung pelita, roti canai, Big Apple, KFC, Mekdi, ok-korang-boleh-sambung-aku-merepek, yang kita makan. Hypothesisnya, semakin banyak sayur yang kita makan, semakin cepat proses mengeluarkan tah eek berlaku. Ini sebenarnya bagus sebab tah eek kita tidaklah bagus jika kita simpan lama2 dalam rectum sebab dia akan menjadi toxic to our body, yang mana akan mengakibatkan badan kita lemah, demam, sakit perut dan yang lain pegilah tanya doctor sebab aku bukan doctor. Tagline: 'Sayurku Sayang'. Tagline ni untuk dapat diskaun 5% masa beli sayur. *ok,tipu lagi*

5. Don't Skip Dinner
      Kalau omputih kata 'don't skip breakfast', Muslim will say 'don't skip dinner'. Ini pun salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Don't skip dinner means mesti makan malam tapi janganlah banyak sangat and jangan makan lambat2. Late evening is the best time for you to take dinner. Dalam pukul 7, 8 oklah tu. Sebenarnya, kalau tak makan malam, enzyme akan proses lemak dalam perut and kolestrol pun bertambah. Aish..elok2 nak jadi kurus jadi lain pulak kalau kita tak makan malam. At the same time, makan malam ni boleh buat awet muda. Weeewiiit! Hoih, sapela taknak awet muda, nanti kalau dah ada cucu pon budak sekolah nak ngorat. *menjaga hati tahap tak boleh dipercayai*. Jangan takut makan malam. Makan malam boleh buat gemuk, itu mitos je. Dah, dah pegi makan. Esok tengoklah korang dapat body idaman malaya + kulit bersinar sinar seperti Gold Man kat BB. ^_^

Actually, banyak lagi cara untuk kurangkan lemak or kuruskan badan or body slim or body bentuk botol (??) or body bentuk idaman-hati-memasing, so rajin rajinlah selak magazine or website. Sepanjang korang menyelak tu terbakar jugaklah lemak 2,3 ketul. Apa yang penting sebenarnya...kerjasama! Eh, tetibe aku bertuko menjadi Wonderpets pulak. Aku cop hamster! Ok2, sudahla melagha.

Yang penting sebenarnya kesihatan kita. Kita kurus ke, bulat ke, segi tiga ke, bujur ke, kesihatan mesti jadi perkara utama dalam hidup kita. Kalau kurus sangat pun tak elok jugak, boleh jadi petanda cacing tengah beranak pinak nak jadikan perut sebagai negara. Kalau 'comel' sangat, lagilah tak elok. Coronary Heart Disease, Diabetes, Stroke and some other disease akan bermaharajalela dalam badan kita and it is not cool at all because disease is not a trend. Oklah, sampai sini je coretan merapu aku. Aku harap kita sama2 dapat benefit daripada coretan merapu aku hari ini. Wassalam.

Friday 12 August 2011

Kuih Raya Pulak


Raya adelah dalam 2 minggu lagi. Aku rasa mesti ramai dah sebok2 buat kuih raya. Ada member aku tu, sebelum puasa lagi kuih raya dah siap. Sudahnya mak dia kena sorok semua balang kuih. Kalau tak, raya nanti tetamu makan kuih tradisional je lah. Ok, untuk entry hari ni, masih lagi mood dah nak raya ni, aku nak share ngan semua kuih raya yang aku suka. So, let's cekidaut!

1. Kuih Putih Telur
Pertama tama sekali aku suka kuih putih telur. Kuih ini telah ditemukan dengan aku dalam sekitar awal 2000. Masa tu, aku beraya kat Singapore, rumah cousin aku. Disebabkan selambe yang teramat sangat, aku korek je segala balang ape yang ada kat rumah dia. Sewaktu operasi korek mengorek, hati aku terdetik ‘Apelah kuih kaler putih rupa buruk ni’ tapi sebab ada cornflakes ngan choc chip aku amek jelah . Aku ngap 1, ngap 2, ngap 3….eh? Aku gi dapur mintak refill lagi. Di pengakhiran cerita, aku bawak balik KL sebalang kuih tu. =’)

2. Kuih aku-tak-tau-nama-dia
2,3 tahun raya kebelakangan ni, makcik aku telah mengenalkan aku kat 1 kuih yang tak manis sangat, cair di mulut dan ade choc chip jugak. Sebabkan kuih ni ringan teramat sangat, aku dengan suka hati sesedap rasa panggil kuih ni, kuih ringan. Pada asalnya makcik aku beli kuih ni untuk orang yang datang rumah nenek aku tapi obsesi aku terhadap kuih ni cam takleh dibendung, lalu habis kesemuanya kat aku ngan adik2 aku je.tsk.

3. Tart Nenas
Disamping kuih2 yang ada choc chip, aku jugak suka tart nenas. Aku pon tak tau kenapa, tapi asal aku pegi je rumah orang mesti aku cari tart nenas dulu. Aku suka tart nenas gulung. Tapi sekarang dah advance, dah ada tart blueberry, tart epal. Korang penah jumpa? Kalo tak penah, maybe taun ni menyusul lah tart2 pelik ni. Tapi tart nenas jugak yang best =) Tart nenas ni macam perkara wajib kat rumah orang, kalau takde tu cam weird la. Yang peliknya, tart nenas kat rumah aku tak habis2 sampailah raya aidiladha. Pelik jugak tu.


4. Batang Buruk
Lagi satu kuih yang aku suka time raya, kuih batang buruk. Yaaaa, memang buruk rupanya tapi cantik di mulut. Aku selalu je kena marah makan batang buruk sebab bersepah tapi aku tak kesahkan semua itu. Makan batang buruk, aku rasa dunia berpusing pusing seperti naik merry-go-round. Senang, nak naik merry go-round takyah susah2 gi Genting, beli je batang buruk. Habis cerita. Walaupun mulut akan comot2 makan batang buruk tapi argghhh…aku tak peduli, lip gloss boleh dibaiki.


5. Kerepek
Walaupon tak tergolong dalam kategori kuih raya, kerepek terukir jugak dalam hatiku.  Sindrom kesukaan terhadap kerepek bukan aku je yang mengalaminya, malah habis satu family aku ada sindrom ni. Kalau datang rumah orang, korga pak aye & mak esah lah yang menghabiskan segala macam kerepek yang ada kat rumah tu. Sudahlah suka datang ramai2 lepastu sekali pusing je balang kerepek, habis dah semua. Tambah tak malu lagi, pantang tuan rumah offer refill, satu korga mengangguk sambil tersengih sengih tanpa segan silu. Saya rasa korga pak aye & mak esah patut bukak kilang kerepek.

Selamat gembira di petang kejap lagi nak bukak puasa! =)


Tuesday 9 August 2011

Tak nak RM10,000???

Hey peeps! Dulu, waktu kelas pendidikan seni, aku slalu jadi WANTED oleh cikgu seni aku sebab mesti muka aku yang last sekali hantar kerja minggu lepas. Kalau setakat kena rotan ngan cikgu seni tu, ala..macam makan nasik je. Aku bukan ape, aku sedar diri aku ni tak berseni, tak creative macam Lat ke, kartunis Ujang ke dan jauh sekali pelukis Sailormoon. Pernah sekali tu, nak menunjukkan betapa aku tak berseni dan rebel terhadap cikgu seni aku yang tahan suruh siapkan kerja and tak bagi balik kelas, aku colour je whole A3 paper tu dengan warna hitam, sebab cikgu tu kata 'saya tak kiralah macam mana awak nak siapkan, asalkan siap!', so aku yang sepatutnya kena lukis potrait buah buahan jadi whole blank page ^_^'

Tapi hari ni, aku bukan nak cerita pasal aku-yang-tak-berseni, aku nak ajak korang2 semua yang berseni mahupun tak, menang RM10,000! RM 10,000 tu Nescafe nak bagi free. Kalau korang kreatif, credit la untuk korang, tapi untuk yang tak kreatif +tak berseni cam aku ni, join je la, mane tau sebab RM10,000, tetibe je otak korang jadi creative & innovative. Don't worry, kalau aku masuk mesti aku colour whole canvas aku warna coklat dan mestilah aku kalah.

Senang je nak menang, korang akan diberi pilihan tema untuk design korang, lepastu segala macam jenis pattern, shapes akan terpampang kat screen pc/laptop korang untuk korang gunapakai dalam menconteng conteng ke atas konon2 canvas korang yang memang dah disediakan Nescafe logo. Hah, ape lagi sape2 yang rasa diri dia kera-aktif, dan kalo tak kera-aktif, tapi nak cobe nasib bolehlah KLIK SINI. Mane tau kot2 menang RM10,000 dapat gak design korang jadi custom design untuk Nescafe Limited Edition. WOW!!

TERIMA KASIH, NESCAFE.


Monday 8 August 2011

Kenapa Saya Suka Raya Time Dolu-Dolu?

Yeah, yeah. I know, puasa baru je seminggu tapi aku dah nak cerita pasal raya. Well, tadi sebelum berbuka sempatlah aku berangan, melepak, melepek ngan mengimbau memori daun pisang, teringatlah pulak raya masa zaman aku muda mudi dulu. Muda mudi tu waktu aku kekanak, zaman main tepi parit, petang2 main polis sentri, muka pon comot comel lagi, sekarang muda belia bukan tua bangka tau. Hmm.. tapi entry aku kali ni bukan nak cite polis sentri ke, main kawin2 or main mak2 (so typical budak perempuan), sebab kita tengah bulan puasa, mestilah aku lagi interested nak cerita pasal raya, kene pulak time aku mengimbau memori daun pisang tadi. So, here we go!!!

5 Things why I love raya during my childhood:
1. Balik Kampung
    Dulu, aku ada 2 kampung. Satu kat Johor satu lagi kat Pahang. Buat raya aku lagi menarik, rumah nenek aku yang kat Johor tu memang betul2 tengah bandar, lagi 2,3 batang pembaris panjang sampai lah kat Tambak, Johor. While rumah nenek aku yang kat Pahang tu, memang habis kampung lah. Siap jamban kat luar tu. Korang berani nak gi malam2? Aku tak berani tapi kalau perut dah ngade2 sangat aku jerit je supaya bapak aku teman. ^_^'
  Tiap tiap kali nak balik raya, family aku mesti balik 2 hari sebelum raya supaya dapat puasa sama ngan atok nenek aku. Atok ngan nenek aku for both parents still ada lagi sekarang tapi dah tak daya cam dulu la. Cakap pon dah melalut lalut, nenek aku nak cakap ' aku nak MAKAN ni' boleh pulak dia sebut 'aku nak KAWIN ni', nak jugaklah aku tersembur tapi sebab dia dah nyanyuk, kembang2 je la hidung tahan gelak. So setiap tahun family aku akan alternate raya. If tahun ni raya Pahang dulu, tahun depan akan raya JB dulu. Tapi raya sekarang sudah tidak berapa nak bermakna lagi, sebab grandparent aku yang kat JB tu dah duduk KL. Punah sudah harapan nak balik raya jauh2.

2. Makanan
    Kuih raya dolu dolu memang best! Manede pakai cornflakes2 ni. Masa nenek aku sihat lagi, dia mesti buat kuih bahulu. Gigih kan beliau? Pastu bahulu tu mesti bentuk ikan mas berenang renang. Aku pon tak tau apekah motifnya buat bentuk ikan mas tu, besar kot. Kalo buat kek besday nampak jugak motifnya untuk cucuk lilin-ikut-suka-kau-nak-cucuk-bape-batang. Lepastu, dengan kegigihan atok aku plak, dapatla kitorang makan lemang buatan sendiri. Berkrim dan disukai kaum kerabat.
   Kalo kat Johor pulak, atok aku dengan terror (-ist?) anyam ketupat. PEhh...punyelah terror, sambil tido pon dia boleh abeskan semua daun penuh 1 pokok kelapa(sapepercayaakumemangkesiangile). Kalau raya kat Johor, makan memang superrbbbb. Mewah bai! Kalah makan buffet Swiss-Garden. Makan mewah ni semua gara gara nenek aku yang amat menchentai masakan Johor. First raya, ketupat+lodeh+kuah kacang+rendang ayam&daging+sambal goreng. Second raya, laksa Johor. Third raya, Nasi Beriyani, tengok,dah macam orang kawin pulak. So, raya yang seterusnya bolehlah korang letak sendiri or request menu, yang kenyang aku jugak.

3. Mercun
   Korang kenal mercun? Sape yang muda belia cam aku mesti kenal. Tapi aku agak, lagi 5 tahun mercun pun dah jadi bahan tayangan umum kat Muzium Negara je. Sekarang dah jarang dengar bunyi 'dam..dam..dum...' takpon 'kecisssss...BOM!' takpon 'pssssss....pom..pom..pom'. Masa dulu, mak aku akan memperuntukkan  2 beg plastik hitam yang penuh dengan bahan2 terlarang ni. 1 untuk main kat JB and 1 lagi untuk main kat Pahang. Tapi main kat Pahang lagi best sebab creativity boleh dijana kat sana. Sebab terlalu creative and innovative, aku yang bijak ni gantung mercun cina yang bunyik 'psss...pom..pom..pom' tu kat pokok terung makcik aku. Habis pokok terung makcik aku mati 1 malam sebelum raya. Innalillah, dah arwah dah pokok terung tu. Kat Pahang jugak aku tengok macam mane nak sediakan dan apakah meriam buluh. Kalo nak tunggu kat KL, buluh pon belum tentu ade lagi.

4. Tawaf Kampung
    Baik kat Pahang or Johor, activity kanak2 Ribena ni aku memang suka sebab aku ikut je, mesti dapat duit raya. Tak kesahlah orang tu nak bagi berapa pon, aku terima dengan poket terbuka. Ntah ngan anak sape ntah aku main pakai ikut je diorang pegi tawaf satu kampung. Tapi mak aku tak kesah pon sebab pusing, pusing, pusing sedara mara jugak. Satgi aku datang lagi ikut mak bapak aku, dapat lagi duit raya. Tapi aku buat2 jelah mcm tak penah datang lagi rumah orang tu.
   Kalau kat Johor, mak aku tak kasi pegi tawaf2 ni sebab jiran seblah menyeblah tu Chinese, so takde maknenya aku sebok nak tawaf. Biasa budak2 yang tawaf ni local, so diorang tau la mane nak terjah, mane nak lintas, mane nak celah longkang and unfortunately, takde sorang pon dari kalangan diorang sedara aku. So, sudahnya, aku jadi tuan rumah yang bagi duit raya kat kanak2 tawaf ni. Nenek aku pulak memang rajin je nak melayan, ape lagi, makan memang sedap, air sirap berpeluh peluh pastu sebalang besar coins memang khas untuk diorang. Lepas perut penuh, poket penuh, kang satgi lepas 2,3 jam 'eh..bukan awak dah datang ke tadi?'.

5. Kaum Korga
    Benda yang paaaaalllliiiiinnnnnggggg beeeesssstttt time raya adalah jumpa semua kaum korga. Masa ni lah maklong,pakngah,makcik, pak anjang, pokde, poksu etc. balik. Masa ni jugaklah time2 untuk update cerita2 terbaru serta gossip2 panasss. Bila lagi kan? Yelah, jumpa pon macam raya, setahun sekali. Dulu best sebab sepupu2 semua kecik2 lagi. Main kejar2 dalam rumah la, teasing each other, nganga depan tv tengok Sembilu, semua tu zaman sepupu sepapat hingus meleleh leleh lagi, masa tu pon zaman2 minat boyband, BSB, N'sync, New Boyz eh.... Tapi sekarang?? Semua dah taknak jadi orang Malaysia, semua nak jadi Indonesian, termasuklah adik aku yang aku baru je gi anta dia pagi tadi. Tu tak kira lagi abang sepupus aku, dah jadi bapak orang dah, dulu timang2 aku, sekarang aku pulak timang2 anak diorang. Apa sudah jadi? Nasib baiklah aku masih lagi tergolong dalam orang yang masih boleh menerima duit raya.

Aku rasa cam baru je lagi aku merasa everything above that I missed so much. But life goes on kan? Sebab tu la aku buat post ni supaya dalam masa 30, 40 tahun lagi at least I have something to remind me and also stories to be told to cucu cicit.

In conclusion, sape setuju dengan reasons di atas, tepuk tangan macam sea lion *clap3*. So, macam mana pulak dengan '5 Things why I love raya during my childhood' korang? Jom share! =)

Berkobar Kobar

Puaslah aku tersengguk sengguk depan tv pastu laptop semata mata nak tunggu add/drop course untuk next semester, hasilnya?? Hampeh. Kecewa aku, bukak2 keluar sem 3 punye. Memang takdelah kan.. Tapi aku dengan semangat membara+meletup letup+menjulang julang, try lagi untuk kali ke- 3, 4, 5, 6 dan seterusnya korang kira lah sendiri. Tapi still gak tak dapat nak menyempurnakan cita2 murni aku.. sedih tau! ='( Aku mane penah semangat2 camni tetibe bile aku semangat UIA pulak ngade2 padamkan semangat aku yang menjulang julang cam mercun merdeka tuh.

Classmates aku masih lagi membincangkan isu macam mane nak add course next sem nih. Yelah, kitorang ni ramai kene plak rebut2 concentration yang kitorang nak ambik next semester. Semua orang cuak je sebab takut bila dah ramai kat concentration idaman kalbu, tak dapatlah join. Ade jugak yang tetibe nak tuka concentration, lagi bertambah tambahla peluh sebaldi sebab takut tak dapat. Tapi aku relax je..Industrial Health masih lagi jadi pojaan dulu, kini & selamanya.hehe..

Sebab aku dah malas jugak nak bukak tutup tab add/drop tadi, last2 aku gi je check yang aku buat pre-registration aritu, tengok same je cam aritu, means still selamat lagi la choice aku tapi ada lagi dua subject aku tak add lagi nih..Dahlah, aku nak pegi mengadu nasib kat bantal ni. Bye.

Saturday 6 August 2011

Mai Secawan

Huih..tengah tengah malam bute ni jugaklah aku nak sebok post entry. Dengan berbekalkan hidung meleleh leleh dan mata bengkak ni, aku nak jugak ngengade ngadap laptop. Btw, meleleh leleh dan bengkak bengkil ini bukanlah disebabkan menangis mengenang nasib mahupun kecewa mahu terjun lombong TETAPI.....jeng..jeng...jeng...ini adalah simptom simptom mahu demam atau lebih dikenali sebagai dehydrated oleh physiology badan aku(badan korang tidaklah pule aku mengetahuinye). Al maklumlah bulan puasa ni, nak minum yang gempak gempak sajos...air taknak kalah, tebu lah, leci lah, asam boi lah, peel fresh botol RM 6.90 lah (murahgilelahweiiiiiiiiinibetoltaktipupunyeeeee) dan pelbagai air lahhhhh...naseb bek tak kepingin air pelik pelik cam air derian ka, derian campoq leci ka....aih merapu dah dia!!

Ok, bagi mengelakkan symptoms yang berlaku kepada saya, kita semua haruslah mengawal nafsu terhadap air-taknak-kalah di atas dan banyakkan minum air masak/jarang/putih/mineral/suling/R.O etc. Kenapa ya? sebabnya, sedang kita berpuasa, our body seronok melakukan detoxification process which pabila kita dehydrate, kidney cannot do their job, which is purifying the blood. Lagipun bila kita minum banyak banyak air-taknak-kalah, workload kidney kita akan bertambah. Dahla dehydrated, bagi lagi air-taknak-kalah, banyak lah keje dia..sian dia.. =(

So, when kidney's job increase, they cannot take it anymore, then all the workload will be passed to the other organs like liver. Jadi, pabila banyak sangat keje, diorang pon stress. Ala, cam kite jugaklah. Bila dah kena buat kuih raya, patu pikir proposal FYP, sebok sebok pikir nak naikkan martabat blog campor plak ngan gedik nak hantar adik gi Makassar tambah dengan masalah tak hantar list chemical FYP (Ok, ni aku je.) mulalah menggelabah cam labah labah pastu stress, pastu jerawat banyak banyak pastu mulalah nak nagis tak tentu pasal sebab masuk sem tak dapat start FYP. Padan muka aku! Ok2, back on track, apabila organs stress, diorang pon cam kitelah, start nanges, menjalankan mogok dan hasilnya....constipation,dry and itchy skin, acne, nosebleeds, URTI, coughs, sneezing, sinus probs and headache (hah! complete penyakit last 4 tu aku punye)


Bukanlah aku menyatakan bahawa, janganlah minum air-taknak-kalah tetapi banyakkan minum air masak. Bukan sahaja dapat mengahalang dehydration, malah dapat juga glowing skin dan body idaman malaya...ececece...lpas ni mesti abes mineral water kat Giant sebab glowing skin and body idaman malaya punya pasai. Tapi pasal glowing skin and body idaman malaya tu tak tipu. Carila journal kalo tak pecaye. So, rakan rakan marilah kita amalkan tagline "KAMI SAYANG AIR MASAK". Jangan pakai tagline je, minum sehari 2L, pasti anda bersinar sinar cam lampu raya.


Baiklah, sampai di sini sahaja entry saya yang lebih kepada merapu berbanding info sihat. Sekian, wassalam. Bye! *AAAAAHHHHCHOOOOOMMMM*



Thursday 4 August 2011

Maafkan Aku

Maafkan aku sebab blog aku BORRRRRIIIIINNNNGGG GIIIILLLLEEEE!!!! Dahla blog boring, post pon di takuk lame je. Bosan kan aku nih...hahahaha...I am so sorry la people. Busy jugakla 2,3 menjak ni. Kalo x busy pon aku cam kekurangan idea untuk dikecoh kecohkan except for.....korang ask question about me or what so ever OR request anything to talk about. ANYTHINGLAH! If I can answer, then I will answer ok?

Aku pon kadang kadang menyampah jugak tengok blog aku sebab dull sangat, so I think by you guys give some idea, will be cool. Sehingga kita bertemu di lain masa. BABAI!!!

Tuesday 2 August 2011

Let's Parrrttttaaayyyy!!!!

Kenape tajuk entry sebegitu rupa?
1. Sebab makan dengan bahagia lepas kerja.
2. Sebab Bos, ah moi belanja.hehe..
3. Sebab store outing hanya boleh dibuat selepas kedai tutup je.

Disebabkan store kami mempunyai partner2 yg boleh tahan hebat dalam pertandingan makan-sampai-muntah, jadi kami sering sahaja mengadakan store outing ke kedai makan berhampiran. Untuk outing kali ini, kami terjah ke az zaan, taman melati. Outing kali ni jugak adalah bertujuan untuk menghalau partner kami yg bernama Hanna. Hahahahahahahaha...babai Hanna!
Jangan buang masa, mari saksikan gamba2 buang tebiat kami! 
*tidak sesuai utk kanak2, org sakit jantung serta ibu mengandung*

Saje kasi sume jeles

*Innocent*


Uncle menganga tengok Polar Bear kat NGEO

Sweet Sour

Cobe teke sape saye???


Lomba minum dalam pinggan


Baju biru pilihan ramai *clap3*

3 Dara Pingitan

Org lama store

Kanan tu yg belanja. Thank you!

Babai Hanna!
Adek Beradik *yok ow je*

Haroro with boyfriendssssss

Sama cantik, tak sama tinggi

Kumpulan Ranger Hutan

Camwhoring Kepakaran Kami!!

Kesimpulannya, gamba aku adalah yg paling banyak dalam album ni. Biasalah, pantang nampak camera, mesti nak semak. Maafkan saya!!!! *teresak esak*

To Hanna (kalo die bace la kan), all the best in every thing that you do and you will do. It is nice to know you and hoping that we will be friends forever. Thanks for the photos, will miss to 'menyakat' you. May Allah always bless you. Amin.
Yours sincerely,
Ain =)
*Photos: Credit to Hanna 


Monday 1 August 2011

Ramadhan al-Mubarak

Happy Fasting ya'll!! Semoga Ramadhan kali ni membawa berkat utk kita semua. Silalah segan silu untuk tak puasa. Sepupu aku umur 5 tahun pun puasa, malulah oi. Eiii...shame shame..Ok, jomlah kita same2 rajinkan diri berterawikh. Bulan ni je pn ade terawikh. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Thursday 28 July 2011

Story Mory

Aku baru je balik dari keje. Penat owh lepas seminggu tinggal keje mati-matian nih. Patah tiga dah badan aku nih, kalo boleh patah 7,8 ke nak gak aku tulih tp nampak sgt menipunye tuh. FYI, I’m a barista at starbucks coffee, part time je la tapi..hehe..cite lebat konon2 cam keje betol. Okla back to the story mory yg aku nk cite ni.

Baru seminggu pemergianku ke kontan techenta, da ade hot hot heat gossip kat store. Al kesahnye, ade la sorg partner tu kene terminate sbb customer arab nih. Btw, customer arab ni mmg mcm2 perangai, kalo kene yg pandai ckp omputeh, xdela kekwat sgt.  Berdasarkan cerita partner2 lain, customer tu mintak ashtray utk memasang serombong beliau kat mmbr aku tuh; The story goes

Partner: Sorry,u cannot smoke here.
Customer: *kerek* There’s no sign no smoking here.
Partner: *mmbr da bebulu* Use your common sense, this is inside the mall.
Customer arguing, partner bengang. *part ni aku xtau cane citenye*
Customer: I want to see your manager. Who is your manager?
*manager pon datang
Customer: Your employee said FCUK to me.
Partner: Tell her why I said that to you!!!!
Customer: I don’t want to talk to u. I want to talk to her only.
Partner:* Bengang gile, jerit2 marah, berlalu pegi masuk store or g membawa diri, aku pn xsure*
Manager: Sorry sir. So sorry.

Keesokan harinya, dapat email from the customer and on the spot termination. Gilo! Di dalam email katenye, beliau (customer) dimarahi sbb main kerusi. Padahal bedaah.

Buat mmbr aku, takpela maybe rezeki ko kat Oil & gas company (hehehehe…angan2 kitorg). Baguih gak ko benti, carikla keje yg sesuai ngan kelulusan ko. Arab tu igt dier best sgt agaknye. Bior jela dia dgn dunia dia.

Takat di sini sajelah cerita aku arini. Saje je cite, bole la igt mengingati org ramai yg kami2 dalam dunia F&B ni ade perasaan dan maruah jugak. Tak perlulah pandang kami sebelah mata tp bukan semua. Certain people may think that we don’t have qualification and so on but the truth is nowadays we cannot choose our job. Ikutkan, mmg nak keje ape yg kita blaja tp rezeki tu tak datang lagi. Oklah peeps, have a good night and sleep tight. Wassalam. =)

*We called ourselves Partner in starbucks.

Monday 25 July 2011

The Proposal

Semua org tgh sebok dgn puasa, aku plak dok sebok2 dgn proposal Final Year Project (FYP) yg aku pn xtau mane pegi dah template dia. Tak abes lg penat Industrial Training, dah nak kene ngadap FYP proposal. Sadis betol hidup aku. Tapi mase Industrial training pn aku riang ria je kuar ofis...hehehehe
Excited lebih

Gula telebih, jd gila

Abes basah kain main kat air

Beria je aku penat tapi sebenanye bukan main suka ria lagi kat Teluk Cempedak di luar pagar tu. Yang penting aku da selamat dah kat KL utk habiskan lg sisa2 hidup manusia-takde-komitmen sampai bulan 9 nnt. Lepas tu, tetonggeng, tegolek2 la aku kat kuantan tersayang. Ok, bye!

Sunday 24 July 2011

Fruit tart in the house!!


Saya menerima tempahan utk sebarang majlis keraian, kenduri, hantaran dll.

Without chocolate coating
25 pcs: RM 21
50 pcs: RM 35
100 pcs : RM 70

With chocolate coating
25 pcs: RM 25
50 pcs: RM 50
100 pcs : RM 100

Delivery disediakan untuk kawasan berdekatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 012-3495622.