Pages

Monday 31 October 2011

Berat nih

WARNING!(konon konon GoGreen!) Entry ini sangatlah berat. Berat oi!tak larat dah nak angkat ni. Agak agak kalau tak nak serius,tak baca pun tak kecik hati.

Ehem.Ehem. Apa yang menyebabkan aku nak post entry berat ni adalah disebabkan ketakutan aku untuk menempuh masa hadapan, which after habis study. 2,3 hari lepas, aku pm member@senior aku yang baru je convo aritu. Biasalah, catch up perkara perkara belajar and life. Niat sebenar aku adalah nak tanya, ape yang masuk midterm untuk subject law (keji gak aku, maaf rakan). Eh tapi aku memang betol betol dah lama tak catch up ngan dia la. Janganlah disalah anggap diri ku ini.
Aku tanya la kawan aku ni, skang keje ape, buat ape, blablabla..well, dia agak berjaya jugak. tengah training dengan Sime Darby. Gempak oi! Tapi dia pesan kat aku, 'kau baik pikir dari sekarang lepas belajar nak buat apa. pilih banyak options supaya at least kau sangkut satu. macam aku, aku tak terfikir nak buat apa. sekarang aku terkapai kapai.' (ayat diolah supaya nampak tragik tapi cam tak tragik pun).
Lepas aku baca message tu, aku trus cam 'halo,aku tak nak habis belajar boleh tak?' serius scary la weh. Aku telah planned apa aku nak buat lepas study, but then I realized that it is not always according to plan. Eventhough concentration yang aku dan member aku ambik ni sememangnya high demand, tapi tak semestinya kitorang senang lenang after study. Nak jadi cerita pulak, kat transcript kami ni bukan ada tulis concentration kitaorang. So cemane nak prove kat employers yang we have basic in ESH kan.
Apapepun aku percaya rezeki datang dari Allah. InsyaAllah, kalau ada, ada lah. If it is Allah's will, it will be according to plan. So sekarang, sudah sudahla aku kat depan laptop ni. Ada baiknya aku study. Hari rabu exam, hari ni aku boleh suka ria, berangan pulak. Camnela nak keje best ni oih!

p/s:kan dah kata, ni entry berat. Insaf aku.

Tuesday 20 September 2011

Well, well habis busy beraya, sekarang busy ber'FYP' pulak aku ni. Hilang dah title 'manusia-takde-komitmen' aku ='( sedih wohhh!! Agak agak busy aku ni bolehlah aku kalahkan presiden KRS kot. Apapelajugakakumerepekni. Nilah masalahnya bila sering bergelumang dengan pokok pokok yang tak memberi respon, sememangnya aku tak bergelumang dengan pokok semalu sebab daun semalu bagi respon. Lepas ni status fb aku akan menjadi 'in a relationship with Kaempferia angustifolia' a.k.a cekur jerangau.

Agak agak kome penah dengor tak nama bf I ni? Puas sudah I mencari details tentang bf-to-be I ni, nama kampung beliau nampaknya tak berape nak dikenali lah kat google/yahoo/MSN/segalawebsearchyangada etc. Tapi bila datang nama Greek beliau, ianya lebih dikenali di web search tapi masih tak banyak research yang dilakukan, so dengan ini aku declare aku akan tak tidur siang malam (menipu) untuk mengkaji pokok ini, yang sebnarnye takdelah kaji sangat pun, tapi kaji jugaklah. Ok, ok aku sudah cukup amat merepek. Janganlah aku membiarkan diri aku menaip lagi, nanti tah hape2 la aku taip kat sini. Bye!

Merepek je

Konon konon nak buat FYP proposal, last last aku layan jiwa pulak depan laptop ni  -_-"

Tuesday 23 August 2011

Sorry Berlorry lorry

Sungguh busy membuat kuih raya. Abes tunggang langgang aku. Hari hari aku bersilat kat dapur and depan oven (konon2 macam cool la kan). Ok, itu je aku nak bagitau. Nak sambung buat kuih. Bye!

Thursday 18 August 2011

Julie & Julia


Semalam, aku went through segala jenis movie yang aku asyik collect tapi tak tengok pon. So, aku buang segala yang aku dah tengok and keep those yang belum tengok. Tengah syok membelek all the movies, aku tengok tajuk ni ‘Julie & Julia’. Eh, aku baru terperasan movie ni aku memang cari but because of aku kepam je segala movie yang ada, aku tak sedar pon aku ada movie ni.

Aku kerja kat KLCC. So, after work kalau bukan closing shift, aku akan bermastautin sebentar kat Kinokuniya. Favourite section aku, tak lain tak bukan, cooking section. Dengan keadaan yang masam dan muka berminyak2 lepas balik kerja, aku akan tengok segala cookbook yang ada then revise time tu jugak. Yelah, nak beli tak mampu, so pasang je la cita2 nak beli, sampai ke sudah jadi cita2 je. I remember, one day tu aku dok membelek belek segala macam jenis cookbook, suddenly tengok buku macam movie diconvert jadi buku (do you get it?), which is ‘Julie & Julia’. Aku tengok belek2 tapi bungkus pulak. Cess. So, aku pasang angan2 (lagi) untuk later I will buy the book but I’m going to find the movie first sebab tu je mampu kan. Lepas tu, esoknya aku lupa. ^_^’

Aku memang suka cooking. Tak tau nape, tapi aku memang suke lah. To be specific, aku suka baking. Penah sekali tu, pintu oven rumah aku bersepai. Tak tau la nape jadi camtu. Tengah malam pulak tu, tak ke mistik namenye. Aku amatlah rindu untuk membakar, jadi sanggup aku mengendeng kat mak aku suruh beli oven baru. dan aku berjaya. hehe.. Yang peliknya, aku memang suka masak tapi semua masakan aku, aku jarang makan. Aku lagi suka buat lepastu bagi orang lain makan. Pelik gak aku.

So, semalam dengan semangat yang berkobar kobar aku pon tengok la movie tu. Wei, it is demm inspiring!! For those who love cooking, I think you will love it. Well, roughly the story goes like this, Julie Powell is a young writer with a job at call center. To do something she enjoys, Julie challenge herself to cook all the recipes in the Julia Child cookbook, Mastering the Art of French Cooking and she decides to write a blog to motivate herself and document her progress during the one year challenge of 524 recipes. Woven into the story of Pwell's time in Queens in the early 2000s is the story of Child's time in Paris throughout the 1950s, where she attends Le Cordon Bleu to learn French cooking and begins collaborating on a book about French cooking for American housewives. Aku sukaaaa!!!Yeay! Inspired weh aku untuk mencoba lebih banyak resepi.

Well, aku rasa movie ni interesting because memang kena dengan minat aku yang amat mendalam terhadap makanan. Yelah, aku dok rumah pon, afc jugak channel pilihan aku. Hehe..kadang2 tuka la, masterchef ke, D.C Cupcakes ke. See, aku memang suka makanan. So, don’t blame me. =) Tapi aku rasa kalau korang tak minat cooking pon, movie ni memang best. Serius! Cubalah korang carik kalau teringin nak tengok. Yang penting, aku nak gi cari buku dia pulak. Hehe. Wassalam.

P/S: Agak2 boleh tak aku jadi Julie Powell Malay version? Aku beli buku Julie then I’ll do it the same way as her then blog about every single recipes that I try. (1 blog pon tak terjaga, ni lagi nak buat blog lagi satu. Eheh)


Tuesday 16 August 2011

HEAVEN!!!

Aku malas nak cakap banyak la kan... Hehe..
Semalam
Mexican BBQ Chicken


Harini
Chocolate Moist Cake

P/s: Aku buat sendri tau =)
      Nak order cake tu boleh je, apape tanye kat comment.


Monday 15 August 2011

10?OH NO!!


Semalam, aku pegi shopping raya yang tak raya sangat. Target aku ialah jeans sebab 1 jeans aku sebelum ni berlobang kene paku. Kat peha pulak tu! Cantek! ='( Memang tong sampahlah almari seterusnya. So, aku  jalan. Jalan punye jalan punye jalan lagi, at last pit stop aku Padini Pavillion sebab sebenanye aku dah usha dah jeans tu sebelom ni. Hehe. Dengan pantas sepert thunder cat, aku terkam jeans kat Padini Authentics tu. Memula aku tengok yang biru, Oh Menarik Gila! (OMG) pastu Orang Sebelah aku cakap dark grey lagi cantik. Auww..Suwit. Ok2, abaikan je ayat mintak penampa tadi. So aku pon dengan hilang kesabaran dan penuh keyakinan terus grab size 8 and masuk fitting room. Aku try, ALAMAK! wuwuwuwu ="( Kesudahannya, try size 10 baru ok eventhough pinggang longgar. Terpaksalah. Sape suruh peha mengalahkan peha ayam suntik.

Ok, tadi tu mukadimah je. Eheh. Panjang pulak mukadimah aku. Sebenarnya, aku nak buat confession bahawa, kalau diikutkan, aku memang TAK muat size 10 tapi ada beberapa sebab aku sudah hilang 3kg dalam masa 10 hari berpuasa. *wink* Ok, ok I understand. You guys might say, 'ala, puasa bole lah cerita' tapi kalau tengok sejarah pemakanan aku pada bulan puasa, mak oiiii, kalah hantu lapar. BTW, aku tak kesah nak cerita tentang size sebab aku pasti pada suatu masa nanti, dengan keazaman yang jitu, aku akan mencapai size di zaman kegemilangan aku dulu. Ya! aku pasti! *nampak tak mata aku bersinar sinar penuh keazaman?*

1. Drink Plain Water More and More
    Seriously dude, bulan puasa ni aku memang minum air masak banyak. Konon2 taknak demam ngan mulut pecah2 tapi dengan tak sengaja dan buat2 terkejut, plain water tolong aku mendapat body idaman malaya. Dengan kehadiran H2O, body aku detoxify all the toxic in body and it is actually make your body burn the fats faster. Air masak ni malaslah aku nak cite panjang lebar penuh satu test pad sebab aku dah huraikan dengan termatlah tak berapa nak panjang dekat SINI.

2. Minum Air Sebelum Makan
    Ok, kalau kita tengok balik, ini memang salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Sebab aku sedar yang diri aku ni semakin mengembang, maka aku pon try test la minum dulu air sebelum makan nasik. Hasilnya?? lihatlah perutku rampingkan? *ok, tak kelakar* hasilnya, aku makan nasik sikit je sebab aku macam bloated dengan air. Tapi, janglah sekali kali korang makan berulam air. Itu pantang tok moyang cucu cicit dll. Berani kau melakukannya?? Nah ambik perut buncit ni!!! *pling!dapat perut buncit* So, korang nampak tak yang macam aku nampak? *semua pandang jauh ke kanan* Bila perut kita dah penuh dengan air, kita automatically akan makan sikit, so kuranglah fats consume kita =) get it?

3. Makanlah Banyak Mana Yang Anda Suka
    Ini lagi serius. Betul, makan lah ikut suka hati korang tapi it must be in a small portion and kalau boleh get away from junk food. Tapi aku ni die hard fan junk food pule. So, bab junk food jangan tiru aku. Tapi skang aku dapat kurangkan pengambilan junk food aku. Terrer tak? *hidung kembang sambil berlagak* Sebelum ni, aku tersangatlah tamak haloba. Kalau nasik, mesti nak ambik banyak. Sepinggan penuh membukit ke, ok tipu. Tapi banyaklah, ikut creativity koranglah nak bayangkan banyak mana. Malang sekali, aku makan separuh pinggan je dah kenyang tapi aku jenis tak boleh tengok tinggal2 ni, jadi aku paksalah perut supaya terima je ketamak halobaan manusia comel ni. Selepas itu, berat aku naik, badan pon mengembang ngembang tambah lagi dengan perut membuncit2, lalu aku terfikir, alangkah baiknya jika aku reduce tamak haloba aku at the same time, aku dah tak de pertalian kawan dengan syaitan. Memula, aku memang mengalami kemurungan sebab aku tak gembira tengok nasik aku sikit je dalam pinggan. Konon2 macam tak fun lah sebab tak meriah cam fun fair tapi hasil dorongan dan doa dari ibu bapa, adik beradik, Orang Sebelah, rakan rakan seperjuangan, jiran tetangga dan pasukan RELA, alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan kembali kegemilangan dan keseronokan hidup aku dengan nasik yang sikit dalam pinggan. Semenjak itu, aku pun hidup bahagia dengan lauk pauk dan nasik yang sederhana. Macam fairytale kan? Happily ever after =D

4. Makan Sayur
   Weh, ni btol tak tipu punye la. Makan sayur. Aku tau, mesti ramai antara korang2 ni tak makan sayur. Tengok tah eek pon tau. Ok, yang ni memang cam habat@ ngotor sikit. Bila kita makan sayur, fibers dalam sayur lah yang sebenarnya akan membantu mencernakan apekejadah ayam, itik, ikan, telor, tepung, nasik, tepung pelita, roti canai, Big Apple, KFC, Mekdi, ok-korang-boleh-sambung-aku-merepek, yang kita makan. Hypothesisnya, semakin banyak sayur yang kita makan, semakin cepat proses mengeluarkan tah eek berlaku. Ini sebenarnya bagus sebab tah eek kita tidaklah bagus jika kita simpan lama2 dalam rectum sebab dia akan menjadi toxic to our body, yang mana akan mengakibatkan badan kita lemah, demam, sakit perut dan yang lain pegilah tanya doctor sebab aku bukan doctor. Tagline: 'Sayurku Sayang'. Tagline ni untuk dapat diskaun 5% masa beli sayur. *ok,tipu lagi*

5. Don't Skip Dinner
      Kalau omputih kata 'don't skip breakfast', Muslim will say 'don't skip dinner'. Ini pun salah satu dari sunnah Nabi S.A.W. Don't skip dinner means mesti makan malam tapi janganlah banyak sangat and jangan makan lambat2. Late evening is the best time for you to take dinner. Dalam pukul 7, 8 oklah tu. Sebenarnya, kalau tak makan malam, enzyme akan proses lemak dalam perut and kolestrol pun bertambah. Aish..elok2 nak jadi kurus jadi lain pulak kalau kita tak makan malam. At the same time, makan malam ni boleh buat awet muda. Weeewiiit! Hoih, sapela taknak awet muda, nanti kalau dah ada cucu pon budak sekolah nak ngorat. *menjaga hati tahap tak boleh dipercayai*. Jangan takut makan malam. Makan malam boleh buat gemuk, itu mitos je. Dah, dah pegi makan. Esok tengoklah korang dapat body idaman malaya + kulit bersinar sinar seperti Gold Man kat BB. ^_^

Actually, banyak lagi cara untuk kurangkan lemak or kuruskan badan or body slim or body bentuk botol (??) or body bentuk idaman-hati-memasing, so rajin rajinlah selak magazine or website. Sepanjang korang menyelak tu terbakar jugaklah lemak 2,3 ketul. Apa yang penting sebenarnya...kerjasama! Eh, tetibe aku bertuko menjadi Wonderpets pulak. Aku cop hamster! Ok2, sudahla melagha.

Yang penting sebenarnya kesihatan kita. Kita kurus ke, bulat ke, segi tiga ke, bujur ke, kesihatan mesti jadi perkara utama dalam hidup kita. Kalau kurus sangat pun tak elok jugak, boleh jadi petanda cacing tengah beranak pinak nak jadikan perut sebagai negara. Kalau 'comel' sangat, lagilah tak elok. Coronary Heart Disease, Diabetes, Stroke and some other disease akan bermaharajalela dalam badan kita and it is not cool at all because disease is not a trend. Oklah, sampai sini je coretan merapu aku. Aku harap kita sama2 dapat benefit daripada coretan merapu aku hari ini. Wassalam.